Syair buat wanita
posted on Monday, April 2, 2012 @ 1:02 AM

Wahai manusia yang paling bahagia

Kerana agama dan etika, meskipun tanpa permata,

Kalung dan emas yang menghiasinya,

Melainkan berkat tasbih yang selalu dibacanya,

Bagaikan berita gembira, bagaikan hujan,

Bagaikan fajar, bagaikan sinar dan bagaikan awan

Dalam sujud, dalam doa,

Dalam sikap merasa dalam pengawasan Allah,

Dalam pemikiran yang bersumberkan dari cahaya Lauh

Dan kitab-kitab yang juga dipesankan

Oleh cahaya wahyu yang diturunkan di gua

Yang darinya Rasul Tuhanmu

Dapat menguasai bangsa Romania dan bangsa Arab

engkau adalah manusia yang paling bahagia di dunia

Berkat keyakinan yang ada

Dalam kalbumu yang suci

Lagi penuh dengan ketaatan..


Published with Blogger-droid v2.0.4
0 comments: leave a comment
Mencari sesuatu yang hilang
posted on Friday, January 6, 2012 @ 1:52 PM
Assalamualaikum.. Nak start dari mana eak? Nak mula dari mana? Lately ni rasa tak sedap hati. Dah puas cuba tenangkn diri sendiri dgn cara yg sepatutnya.. Mungkin aku belum cukup mencuba dgn sedaya upaya. 1st thing 1st, selagi result belum keluar, selagi tu rasa muram durja tu ada. Try gak happykan hati sendiri dgn kwn2 di sekeliling, tp masih belum dapat merawat sepenuhnya. Then, pasal si dia plak. Alahai.. I really don't know what to say. But, if this is what i have to pay for what has been broken 10 years before, then what should i say except waiting for miracle to happen. Lagi aku nak jauhkan diri, lagi dia datang pada aku. Kenapa dia tak pernah nak pergi selamanya dari hidup aku. Kenapa susah sangat nak membiarkan aku menjalani hidup aku dengan cara aku sendiri? Kenapa kau masih nak memilih aku? Go for your own life.. Tak paham aku dibuatnya dengan perangai seseorang ni. Apa2 pun, bak kata kawan aku... "Awak kena ingat restu mak awak." Oh yes, this is my weakness. Restu ibu itu lebih penting dari cinta yang belum tentu sampai ke jinjang pelamin. Dah banyak kali mak ingatkn, dah banyak kali mak pesan.. Wahai hati, jgnlah degil nak mengharapkan bulan untuk jatuh ke riba.

Aku menginginkan tahun 2012 ini menjadi tahun pencapaian bagi aku. Dari segi kerjaya, dari segi pelajaran, enough. Yang paling aku tidak faham, for whatever reason, for whatever happened, why should i still have this feeling towards him. And why him? Why should him? Why not anybody else? Kadang2 bila pk2 semula, heartless itu lebih baik dari apa yg aku rasa sekarang. Just nak let it be.. Or just stay the way it is.. Or Just go on dgn life with this kind of feeling.. I'M STUCK!
"Maha suci Allah.. Sekiranya dia bukan tercipta untuk aku, mohon agar Kau jauhkan dia dari aku dan hilangkn perasaan ini dari diri aku. Tetapi sekiranya, dia adalah yang telah tercipta untuk aku sejak dari luh mahfuz, mohon agar Engkau permudahkan jalan dan berilah kami petunjukMu..."

Mode: Sedikit emosi. Jadi, sila abaikan..
0 comments: leave a comment
Me and Mine
posted on Thursday, January 5, 2012 @ 3:50 PM
Assalamualaikum.. Lama nya tak update blog dan buka blog ni. Sibuk punya pasal sampai aku terlupa aku ada blog :) Well, alhamdulillah dah masuk tahun 2012. Overall sepanjang tahun 2011 adalah tahun best bagi aku. Tahun yang paling byk memberikan pengalaman yg berharga bg aku. Samada dari segi kerjaya, kawan, hubungan, family, dan juga pelajaran aku.. Alhamdulillah. Semoga kedatangan tahun baru ni akan memberi aku semangat baru untuk terus lebih berjaya dalam hidup. Actually, byk gk perkara dalam tahun 2011 yang aku nak lupakan. Azam tahun ni just nak jd yang terbaik dalam hidup dan utk keluarga. InsyaAllah.. Amin...
1 comments: leave a comment
No Title
posted on Thursday, October 27, 2011 @ 11:52 AM
0 comments: leave a comment
Sayangnya Allah pada Perempuan
posted on Thursday, October 6, 2011 @ 2:21 PM
Siapa kata jadi perempuan tu SENANG.

Nak kena tutup sana, tutup sini.

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising.

Perempuan, stoking pon kena pakai.

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari.

Komfem x tahan bertutup semua.

Tapi, perempuan cool jek.

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan.

Siapa kata jadi perempuan tu senang.

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit.

Nak pergi kelas pon susah.

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit.

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek.

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit.

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek.

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit.

Hebat kan perempuan.

Siapa kata jadi perempuan tu senang.

Hati ni Allah jadikan lembut betul.

Cepat jek sensitif.

Cuba tengok orang putus cinta.

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa.

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru.

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan.

Siapa yg paling teruk menangis.

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi.

Lembut tak lembut hati perempuan.

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki.

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah.

Diorang cakap, Allah x adil.

Kenapa Allah lebihkan lelaki.

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami.

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah.

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan.

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel.

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'.

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki.

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati.

Kesian kan kat diorang.

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang.

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil.

Persoalannya sekarang.

Betul ke Allah x adil dengan perempuan.

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya.

Betul, isteri kena ikut cakap suami.

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya.

X adil lagikah Allah pada perempuan.

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan.

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya.

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri.

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu.

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki.

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu.

MashaAllah, hebatnya perempuan kan.

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat.

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio.

Banyak lagu pasal perempuan kan.

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH.

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki.

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia.

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu.

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan.

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan.

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni.

Perempuan senang nak masuk syurga.

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan.

Oh perempuan, sedarlah.

Betapa sayangnya Allah dekat kita.

Betapa cintanya Allah dekat kita.

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah.

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia.

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan.

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah.

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan.

Sekadar perkongsian bersama.

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi.
0 comments: leave a comment
« older posts • back to the top
Cik Eija's Chronicles
Profile
Assalamualaikum and hye there sweet friends and strangers too!
I'm a full time worker and coming soon a part time student. I'm an independent woman who are strong enough to get up again once people out there is strong enough to bring me down. As a Muslim, I believe in Qada' and Qadar from HIM :)

Thanks a bunch for reading !
- Eija A.

Guideline - Newer and Older posts are right down at the bottom of the entries.

   
My Pages
Twitter Facebook
blog list
sya abdlah Dried Roses Berry MonaLisa Z4ti AtulHani Gemiez Frossonice
archives.
July 2009 • August 2009 • September 2009 • October 2009 • November 2009 • December 2009 • January 2010 • February 2010 • March 2010 • April 2010 • May 2010 • June 2010 • July 2010 • August 2010 • September 2010 • October 2010 • November 2010 • December 2010 • January 2011 • February 2011 • March 2011 • April 2011 • June 2011 • August 2011 • September 2011 • October 2011 • January 2012 • April 2012 •
credits.
this layout was created by xochitl. inspired by lj. please use MOZILLA FIREFOX when viewing this layout/blog. use a 1280x800px screen for best results.